Tuesday, 6 March 2012

Wahana cinta dalam Islam.


Pernah bercinta ?

Best tak bercinta ?
Manis tak bercinta ?  
Anda bercinta tu sampai tahap mana ?
Sanggup buat apa saja demi yang dicintai ?
Atau hanya menanam tebu di tepi bibir?
Atau tak pernah mencintai sesiapa?
Cintakan Allah?
Cintakan Rasul?
Cintakan ibu?
Cintakan bapa?
Cintakan diri sendiri?
Atau anda bercinta dalam keadaan bergelumang dengan dosa?

Cuba tanya diri anda, soalan- soalan di atas dan jawab sendiri dengan jujur. Apa yang berlaku dalam masyarakat kini, mereka hanya bercinta tanpa ikatan yang sah antara lelaki dan perempuan dan cinta yang hanya berlandaskan nafsu dan syahwat semata-mata.

Apabila menyebut sahaja tentang cinta, ramai yang akan memikir tentang dua pasangan kekasih yang secocok atau dua ekor merpati merbok seiringan dan sejoli. Pasangan- pasangan kekasih seperti “Romeo dan Juliet”, “Shah Jahan dan Mumtaz” “Uda dan Dara”, dan “Laila dan Majnun”.Tetapi percintaan mereka semuanya berakhir dengan duka.

Melihat pada sirah nabi Muhammad S.A.W, kisah percintaan baginda bersama Saidatina Khadijah r.a sangat suci dan mulia. Saidatina Khadijah sanggup berkorban harta dan nyawa dalam membantu kekasihnya, Nabi Muhammad S.A.W. Seperti nabi- nabi lain, kisah percintaan mereka dan pengorbanan mereka kepada satu sama lain juga sangat hebat.

Antaranya Nabi Adam dan Hawa, Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis, Nabi Yusuf dan Zulaikha, Nabi Ibrahim dan Siti Hajar, dan lain- lain. Semuanya mendapat keredhaan Allah dan kekal selamanya. Semuanya berkisar tentang pengorbanan menuju ke jalan Allah S.W.T.

Terbalik dengan kisah gadis- gadis zaman sekarang. Mereka sanggup menjual tubuh, menggadai maruah,  dan sebagainya, hanya untuk mendapat nikmat yang hanya sementara, sekaligus menambah dosa. Maruah mereka diberi kepada lelaki dengan begitu sahaja.

Dan ada yang lagi teruk, mereka sanggup membunuh diri gara- gara dalam percintaan yang mereka fikir suci dan tulus. Adakah ini cinta atau pemuasan nafsu semata ? Na’uzubillahi min zalik.

Masuk kepada skop Islam. Islam membenarkan cinta itu berlaku. Islam adalah agama fitrah dan cinta itu fitrah manusia. Islam tidak menghalang seseorang untuk mencintai atau dicintai. Rasulullah sendiri ada menggalakkan kita supaya mengungkapkan cinta itu:

Apabila seseorang itu mencintai saudaranya hendaklah ia memberitahu bahawa dia mencintainya” (HR Abu Daud danTarmidzi)

Seorang muslim dan muslimah tidak dilarang untuk saling mencintai, malah sangat digalakkan, tetapi melalui wahana yang halal iaitu nikah.

“Dan diantara tanda- tanda kekuasaan-Nya, Dia menciptakan untukmu pasangan- pasangan dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikanNya di antaramu rasa cinta dan kasih- sayang.” (Surah Ar-Rum: 21)

Rasa cinta dan kasih- sayang itu akan Allah campakkan ke dalam hati pasangan yang bersatu kerana Allah. Itu adalah pasti, bukan sekadar janji. Jadi, bercouple itu tidak perlu. Islam menetapkan batas- batas ini supaya tidak berlakunya gejala sosial dan perkara yang menjatuhkan maruah Islam. Betapa cantiknya Islam dalam aspek percintaan.



Sampai sini sahaja artikel saya pada kali ini.

Cintai Allah,
Cintai manusia,
Sayangi Allah,
Sebelum sayangi manusia (‘:

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting