Monday, 5 March 2012

Sahabat Itu Adalah Penghargaan

Salam sejahtera kepada semua pembaca (':

Bismilahirrahmanirrahim,



Susulan dari artikel saya sebelum ini, tercipta artikel ini, "Sahabat Itu Adalah Penghargaan". Saya yakin, semua pembaca mempunyai seorang kawan yang sering mengambil berat tentang diri anda, selalu membantu, selalu menjadi tempat mengadu bila memerlukan, dan macam- macam perkara yang seorang sahabat akan lakukan pada sahabat yang disayanginya.

Sahabat yang sejati, sentiasa bersama kita apabila suka dan apatah lagi bila duka. Sahabat sejati bagi diri kita adalah yang selalu menegur kita apabila kita melakukan kesalahan, dan bukan membantu kita lari dari kesalahan tersebut. Sahabat sejati juga akan mendorong kita menggapai keredhaan- Nya.

Apabila kita dihina, dicerca, dibuli, dan sebagainya, sahabat sejati adalah insan yang sentiasa membantu dan menghulur tangan. Tanpa memikir panjang, mereka akan bantu kita bangun dan memberi kita kehidupan semula.

Pernah sekali, sahabat saya dicaci, dipulaukan, dan dihina oleh rakan- rakannya. Fitnah yang bebas keluar dari mulut manusia sentiasa mampu membuatkan keutuhan persahabatan itu putus. Bayangkan bagaimana perasaan dia apabila diperbuat begitu oleh rakan- rakannya. 

Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah. Berani saya katakan, apabila kita berada di tempatnya, hati kita akan luluh, dan terus dimamah kegelapan sunyi, dan hati menjadi lemah tatkala tiada yang memahami.Nilaikan hati kita, dan tetapkan tali persahabatan kita.

Antara salah satu ubat hati adalah berdamping dengan sahabat yang soleh. Sepertimana yang telah diceritakan oleh Rasulullah SAW. Apabila seseorang bersahabat dengan penjual minyak wangi, maka wangiannya akan 'terjebak' padanya. Pabila seseorang bersahabat dengan tukang besi, maka bau busuknya dan percikan api akan terjebak pada seseorang itu. 

Jadi sahabat yang soleh ini diumpamakan seperti penjual minyak wangi tadi yang 'mengharumkan' kita dengan amal-amal soleh. Sahabat ini yang akan bantu kita apabila kita keseorangan berdepan dengan 'serigala' (syaitan).

‎"Sesungguhnya bahawa syaitan itu seperti serigala kepada manusia sepertimana serigala kepada ternakan. Ia menerkam kambing yang bersendirian dan terpencil. Maka jauhilah kamu dari berpecah-belah dan wajiblah kamu bersama-sama jemaah, orang ramai dan masjid." (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

 "Pada hari itu sahabat-sahabat karib setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).." (Az-Zukhruf Ayat 67).

Antara TUJUH golongan yang dinaungi Allah di hari akhirat adalah mereka yang bertemu dan berpisah kerana Allah.

Antara TIGA tanda Halawatul Iman, adalah dia mencintai sahabatnya kerana Allah.

InsyaAllah artikel ini akan bantu pembaca supaya pandai memilih rakan diluar sana, lebih- lebih lagi yang akan menjejakkan diri ke dunia universiti atau suasana kolej.

Bersahabatlah kerana Ilahi, moga hidup kita akan diberkati. InsyaAllah (':

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting