Friday, 9 March 2012

Jadikan Ibadat kita satu tiket ke syurga #2

Salam hormat, dan salam blog kepada semua pembaca.




أشهد أن لا إله إلا ألله
وأشهد أن محمدا رسول الله
ertinya :
"Aku mengaku(bersaksi) bahawa tiada tuhan yang sebenarnya melainkan Allah
dan aku mengaku(bersaksi) bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"
Pembaca pasti sudah biasa dengan ayat di atas bukan ?

Seperti yang telah saya katakan pada artikel saya sebelum ini, siri 2 ini akan mengungkap tentang keindahan pengucapan dua kalimah syahadah. 

Dua kalimah syahadah adalah  kepercayaan kepada ketuhanan yang sebenar dan kepercayaan kepada Rasul. Umat Islam wajib mempercayai perkara ini.

Apabila seorang kafir mengucap ia akan dua kalimah syahadah itu serta dengan kepercayaan di dalam hatinya maka jadilah ia seorang Islam dan terpeliharalah dirinya, hartanya, dan nyawanya seperti mana terpeliharanya diri harta dan nyawa seorang Islam.

Kita sebagai umat Islam harus ada daya usaha untuk mengislamkan orang kafir kerana ganjaran yang akan Allah berikan sangat besar. Bayangkan jika dapat mengislamkan seorang orang kafir. MasyaAllah...

Kebaikan yang kita lakukan dalam setiap amalan, yang diiringi dengan syahadah akan mendapat pahala yang berganda- ganda. 

Jika kita betul- betul memahami kalimah syahadah ini, kita tidak akan membuat perkara- perkara yang dilarang dan yang ditegah oleh Allah, walau perkara yang kecil. Seperti merokok, membuli, menyakiti orang lain, dan perkara- perkara yang besar seperti berzina, membunuh, dan meminum arak.

Remaja zaman ini kebanyakannya hidup tidak berlandaskan keyakinan terhadap kalimah syahadah. Perkara sosial banyak berlaku, dan semuanya adalah PELAJAR SEKOLAH. Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah.

Jadi, pesanan kepada semua pembaca, selepas ini, cuma memahami kalimah shyahadah dan cuba tadabbur sedikit demi sedikit. Kita hanya manusia biasa yang tidak lepas dari kesalahan dan Allah sedai menerima taubat hambaNya.

InsyaAllah, kita berjumpa di artikel seterusnya,

~Salam sayang daripada saudara kalian ini..

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting