Friday, 9 March 2012

Jadikan Ibadat kita satu tiket ke syurga #1

Salam hormat kepada semua pembaca. 






Kali ini pena saya melangkah lagi untuk menulis artikel yang menyentuh tentang isu- isu yang seringkali dipandang remeh dalam keehidupan kita yang serba moden ini.


Kali ini saya akan mengatur pena, menulis dengan lebih kemas, teratur, dan dengan pandangan yang lebih jauh. Bak kata pepatah inggeris, "There is more than meets the eye".


Ibadat ?


Apa itu ibadat ?


Ibadah atau Ibadat (Bahasa: عبادة) dari sudut makna (bahasa) adalah merendah diri, tunduk, patuh, taat, menghina diri dan memperhambakan diri kepada sesuatu.
Ibadah dari sudut makna (syara') adalah taat, tunduk, patuh dan merendah diri kepada Allah S.W.T. Jelasnya, ibadah ialah pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah, mengikut peraturan, melakukan suruhan dan meninggalkan larangan Allah S.W.T sebagaimana ditetapkan di dalam Al- Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.

Kepatuhan ini hendaklah dilakukan secara berterusan setiap masa hingga ke akhir hayat. Ia merangkumi makna ketundukan dan kecintaan kepada Allah S.W.T.
Imam at-Thabari mengertikan ibadah sebagai ketundukan kepada Allah S.W.T dengan menjalankan ketaatan dan merendahkan diri kepada-Nya dengan kepasrahan.

Imam Ibn Taimiyah pula, sebagaimana dinukil oleh al-Hafizh ibn Ahmad al-Hakami, mengatakan bahawa ibadah merupakan sebutan yang mencakup semua yang dicintai dan diredhai Allah S.W.T berupa perkataan dan perbuatan, baik zahir mahupun batin.

Perkara asas ibadat adalah Rukun Islam. Semua umat Islam sudah  maklum bahawa Rukun Islam adalah perkara yang wajib mereka tahu.

Mengucap dua kalimah syahadah ?
Solat 5 waktu ?
Berpuasa di bulan Ramadhan ?
Tunaikan zakat ?
Mengerjakan Haji ?

Tak semua yang faham mengenai lima perkara diatas. Jika kita memahami dengan betul kelima- lima rukun islam ini, segalanya akan menjadi lancar dan mudah. Tapi kenapa kesemuanya tidak dilakukan dengan baik ? Mengapa kita tidak merebut peluang mendapatkan TIKET KE SYURGA Allah S.W.T ?

Artikel seterusnya, insyaAllah saya akan cuba membuat diskusi tentang "Mengucap dua kalimah syahadah". Hayati Syahadat tersebut, anda akan memahami islam yang sebenar (':

InsyaAllah, kita berjumpa di artikel seterusnya,

~Salam sayang daripada saudara kalian ini..

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting